Pengunci Bluetooth
dari Lockitron
Lockitron ialah penyesuai yang dipasang pada pengunci pintu sedia ada untuk mengubah hampir semua kunci pintu menjadi jaringan kunci yang pintar, dikawal oleh smartphone IOS, Android atau telefon lain. Kunci pintu alaf baharu menukar telefon pintar anda menjadi anak kuncinya, menghilangkan kerumitan membawa kunci, kod dan berkongsi akses ke rumah, apartmen atau perniagaan anda dengan Bluetooth, WiFi dan apl.
Terdapat aplikasi yang mempunyai fungsinya yang mudah digunakan. Anda boleh mengunci atau membuka kunci pintu dari telefon anda dari mana-mana sahaja di dunia. Kunci bersambung melalui Wi-Fi. Jika anda menggunakan iPhone 4S atau 5, pengunci pintu ini boleh menyambung secara automatik melalui Bluetooth 4 dan boleh mengesan apabila anda berada berdekatan dengan pintu, seterusnya membuka kunci pintu secara automatik.
Salah satu ciri yang paling hebat, dan yang mungkin membuatkan saya memasang Lockitron di pintu saya ialah keupayaan untuk membuka pintu dengan mudah dengan mengesan Bluetooth pada telefon pintar saya. Ini bermakna tidak perlu meraba-raba mencari kunci apatah lagi semasa membawa banyak barang-barang di tangan atau ingin membuk pintu pada waktu malam yang gelap. Apabila Lockitron merasakan telefon yang sudah dihubungkan menghampiri, ia akan membuka kunci pintu secara automatik.
Lockitron bukan kunci asas, jadi penyewa dan individu yang pandai DIY boleh memasangnya di atas kunci yang sedia ada. Sistem ini membolehkan pengguna membuka kunci rumah mereka dengan aplikasi, berkongsi akses dengan tetamu rumah tanpa meminjamkan kunci dan banyak lagi. Sistem ini termasuk sensor ketukan, untuk menolak pemberitahuan untuk ketukan pintu. Ini mungkin berguna untuk pengguna di rumah besar atau yang bekerja di ruang bawah tanah dan sering terlepas terima bungkusan penghantaran barang.
Apl ini menawarkan kawalan manual ke atas kunci, menamatkan persoalan "adakah saya sudah mengunci pintu rumah?" Soalan yang biasa menghantui anda sepanjang hari. Aplikasi ini boleh menunjukkan keadaan semasa pintu rumah anda, dan menguncinya dari mana-mana sahaja menggunakan telefon bimbit selagi mempunyai isyarat jalur lebar internet. Lockitron juga boleh memberikan notifikasi apabila pintu dibuka, memberi notifikasi kepada ibu bapa tentang ketibaan anak di rumah. Pengguna Android dengan telefon berdaya NFC boleh menggunakan NFC untuk membuka kunci pintu, dan pengguna telefon biasa boleh membayar caj dalam bil bulanan untuk membolehkan pintu dibuka kuncinya melalui teks pesanan ringkas.
Lockitron boleh didapati dalam tiga warna dan tersedia untuk pra-pesanan pada harga $149 (pasaran luar negara). Lockitron tidak akan dihantar sehingga akan mula dipasarkan pada Mac 2013, tetapi pengguna boleh menempah salah satu produk utamanya melalui Laman Lockitron hari ini.
Isonic Face Recognition Smart Digital Door Lock IFR-EF25 untuk RM578.00.
Philips Digital Lock 7300 Series Easy Key - *INSTALLATION INCLUDED* untuk RM1,888.00.
Find Me Here:
Latest Advertiser Promotion:
"This Blog Is A Participant In Shopee's Associate's Program"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan